MAJLIS PEMBACAAN KUTUB SITTAH 2011 (SIRI KE-3)

Assaalamualaikum waramatullahibarakatuh....

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah..tuhan sekelian alam atas segala nikmat yang tidak ternilai yang telah kita kecapi hinggalah saat ini..Tiada satu pun yang boleh kita nafikan ianya bukan nikmat dari tuhan...

Sekelian lama agaknya diri ini tidak menulis di ruangan blog ini..dan insyaallah. kali ini..diri yang kerdil dan serba kekurangan ini tampil semula untuk menulis..moga2 coretan kali ini memberi manfaat kepada kita semua..

Pada 29 - 31 Oktober yang lalu..telah berlangsungnya Majlis Pembacaan Kutub Sittah bersama para masyaikh Al-Azhar As-Syarif di Nadi Riadyi, Hayyu Sadis anjuran PMRAM..Alhmadulillah..saya dan sahabat2 saya telah pun berpeluang untuk menyertai Majlis Pembacaan Kutub Sittah kali ini..Majlis ini merupakan siri yang ke-3 setelah ianya dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 2009..Majlis kali ini  merupakan Majlis yang ke2 yang telah saya sertai..

Sheikh Jamal Faruq ketika merasmikan Majlis Pembukaan Kutub Sittah
 Objektif Majlis Pembacaan Kutub Sittah tidak lain dan tidak bukan untuk menghidupkan kembali amalan para ulama' terdahulu disamping memupuk semangat cintakan nabi dengan membaca hadis-hadisnya .. Kutub Siitah merupakan kitab yang enam yang diiktiraf oleh jumhur ulama' sebgai kitab-kitab utama himpunan mutiara nabawi.. Kutub Sittah ialah Sohih Bukhori, Sohih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Tarmidzi, Sunan Nasai'e dan Sunan Ibnu Majah..ianya merupkan sumber utama didalam agama islam selepas Al-quran.. Para Ulama' terdahulu memastikan agar mereka dapat mengkhatamkan kutub sittah ini dihadapan para masyaikh mereka dengan sanad yang bersambung sehinggalah kepada Rasulullah S.A.W..begitulah pentingnya kutub sittah ini yang merupakan asas bagi sumber islam itu sendiri...

Majlis kali ini berlangsung selama 3 hari dengan jayanya..bermula dari Pagi hinggalah Isya'..Ulama' Azhar silih berganti membacakan Sohih bukhori dihadapan kami semua..antara Para Masyaikh Al-Azhar yang membacakan Sohih Bukhori utuk kali ini ialah :

Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Khattani
Sheikh Dr. Jamal Faruq
Sheikh Sa'ad Jawis
Sheikh Rifa'at Fauzi
Sheikh Dr. Yusri
Sheikh Dr. Usamah Al-Azhari
Sheikh Aiman Abdul Halim
Sheikh Ahmad Nabawi
Sheikh Yahya Al-Kattani

Pada hari terakhir Majlis Pembacaan Kutub Sittah kali ini..telah diadakan Majlis Ikhtitam yang telah dirasmikan oleh Sheikh Dr. Ali Jumu'ah..sebelum ucapan daripada Sheikh Dr. Ali Jumu'a, kami mendengar ucapan amanat daripada Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kittani dan ucapan amanat yang disampaikan dengan penuh semangat oleh Sheikh Toha Hubaishi..

Akhir kata, semoga Majlis ini akan diadakan lagi untuk tahun yang akan datang....

Maklumat lanjut tentang Majlis Pembacaan Kutub Sittah (Siir Ke3) di lawan web rasmi Kutub Sittah dengan klik disini : KUTUB SITTAH 2011

Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani
Sheikh Jamal Faruq
Sheikh Dr. Yusri
Sheikh Dr. Usamah Al-Azhari

Sheikh Yahya Al-Kattani
Sheikh Ahmad Nabawi
Sheikh Aiman Abdul Halim
Sheikh Ahmad Nabawi dan Sheikh Usamah Al-Azhari
Para penuntut ilmu tekum mendengar
Lautan Para Penuntut Ilmu Al-Azhar As-Syarif
Barisan Sheikh yang membaca Sohih bukhori dihadapan kami
Sheikh Dr. Jamal Faruq mengimamkan Solat Isya' sebelum Majlis Ikhtitam
Sheikh Ali Jumu'ah, Sheikh Toha Hubaishi & Para Masyaikh Lain pada Majlis Iktitam
Seterusnya...

PENGUNJUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...