MAJLIS PEMBACAAN KUTUB SITTAH 2011 (SIRI KE-3)

Assaalamualaikum waramatullahibarakatuh....

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah..tuhan sekelian alam atas segala nikmat yang tidak ternilai yang telah kita kecapi hinggalah saat ini..Tiada satu pun yang boleh kita nafikan ianya bukan nikmat dari tuhan...

Sekelian lama agaknya diri ini tidak menulis di ruangan blog ini..dan insyaallah. kali ini..diri yang kerdil dan serba kekurangan ini tampil semula untuk menulis..moga2 coretan kali ini memberi manfaat kepada kita semua..

Pada 29 - 31 Oktober yang lalu..telah berlangsungnya Majlis Pembacaan Kutub Sittah bersama para masyaikh Al-Azhar As-Syarif di Nadi Riadyi, Hayyu Sadis anjuran PMRAM..Alhmadulillah..saya dan sahabat2 saya telah pun berpeluang untuk menyertai Majlis Pembacaan Kutub Sittah kali ini..Majlis ini merupakan siri yang ke-3 setelah ianya dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 2009..Majlis kali ini  merupakan Majlis yang ke2 yang telah saya sertai..

Sheikh Jamal Faruq ketika merasmikan Majlis Pembukaan Kutub Sittah
 Objektif Majlis Pembacaan Kutub Sittah tidak lain dan tidak bukan untuk menghidupkan kembali amalan para ulama' terdahulu disamping memupuk semangat cintakan nabi dengan membaca hadis-hadisnya .. Kutub Siitah merupakan kitab yang enam yang diiktiraf oleh jumhur ulama' sebgai kitab-kitab utama himpunan mutiara nabawi.. Kutub Sittah ialah Sohih Bukhori, Sohih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Tarmidzi, Sunan Nasai'e dan Sunan Ibnu Majah..ianya merupkan sumber utama didalam agama islam selepas Al-quran.. Para Ulama' terdahulu memastikan agar mereka dapat mengkhatamkan kutub sittah ini dihadapan para masyaikh mereka dengan sanad yang bersambung sehinggalah kepada Rasulullah S.A.W..begitulah pentingnya kutub sittah ini yang merupakan asas bagi sumber islam itu sendiri...

Majlis kali ini berlangsung selama 3 hari dengan jayanya..bermula dari Pagi hinggalah Isya'..Ulama' Azhar silih berganti membacakan Sohih bukhori dihadapan kami semua..antara Para Masyaikh Al-Azhar yang membacakan Sohih Bukhori utuk kali ini ialah :

Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Khattani
Sheikh Dr. Jamal Faruq
Sheikh Sa'ad Jawis
Sheikh Rifa'at Fauzi
Sheikh Dr. Yusri
Sheikh Dr. Usamah Al-Azhari
Sheikh Aiman Abdul Halim
Sheikh Ahmad Nabawi
Sheikh Yahya Al-Kattani

Pada hari terakhir Majlis Pembacaan Kutub Sittah kali ini..telah diadakan Majlis Ikhtitam yang telah dirasmikan oleh Sheikh Dr. Ali Jumu'ah..sebelum ucapan daripada Sheikh Dr. Ali Jumu'a, kami mendengar ucapan amanat daripada Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kittani dan ucapan amanat yang disampaikan dengan penuh semangat oleh Sheikh Toha Hubaishi..

Akhir kata, semoga Majlis ini akan diadakan lagi untuk tahun yang akan datang....

Maklumat lanjut tentang Majlis Pembacaan Kutub Sittah (Siir Ke3) di lawan web rasmi Kutub Sittah dengan klik disini : KUTUB SITTAH 2011

Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani
Sheikh Jamal Faruq
Sheikh Dr. Yusri
Sheikh Dr. Usamah Al-Azhari

Sheikh Yahya Al-Kattani
Sheikh Ahmad Nabawi
Sheikh Aiman Abdul Halim
Sheikh Ahmad Nabawi dan Sheikh Usamah Al-Azhari
Para penuntut ilmu tekum mendengar
Lautan Para Penuntut Ilmu Al-Azhar As-Syarif
Barisan Sheikh yang membaca Sohih bukhori dihadapan kami
Sheikh Dr. Jamal Faruq mengimamkan Solat Isya' sebelum Majlis Ikhtitam
Sheikh Ali Jumu'ah, Sheikh Toha Hubaishi & Para Masyaikh Lain pada Majlis Iktitam
Seterusnya...

SANGKAR HATI


TUBUH KERDIL INI
DALAM SANGKAR HATI
MESKIPUN KINI DISULUH MENTARI
NAMUN KEINDAHAN SEJAUH MATA MEMANDANG....

SEDIHNYA RASA

JIWA DAN LARA

AKU DIPENJARA DAN TERSEKSA

MALAM HANYA DIBUAI MIMPI
TERBAKAR SUDAH SEMUA IMPIAN
HILANG KE MANA HIDUP MERANA

DI PENJARA SANGKAR HATI

RESAH GELORA TANPA CINTA
CAHAYA BINTANG PUN TIADA ERTI
SEBATANG KARA TIADA SAUDARA
MENCARI ARAH YANG TIADA TENTU

ADUHAI HIDUP TAK BERAKHIR

SABAR AKU MENANTI JANJI
BIARPUN SEGALA TERHIMPIT ZAHIR
KUTERBANGKAN JUA SANGKAR INI
SETITIK EMBUN MEMBASAHI

AKU DIPENJARA DAN TERSEKSA

MALAM HANYA DIBUAI MIMPI
TERBAKAR SUDAH SEMUA IMPIAN
MENCARI ARAH YANG PASTI

DI PENJARA SANGKAR HATI

RESAH GELORA TANPA CINTA
CAHAYA BINTANG PUN TIADA RASA
SEBATANG KARA TIADA SAUDARA
HIDUP DALAM MIMPI-MIMPI

DOA KUPOHON PADA-MU ILAHI

PASRAHKAN HATI SURATAN TAKDIR
PALESTIN KAN KEMBALI....

YA ALLAH YA ILAHI

YA ALLAH YA RABBI
YA ALLAHU YA ALLAH
YA ALLAH ....

UNIC - SANGKAR HATI : KLIK SINI

Seterusnya...

ALHAMDULILLAH...

Sahur bersama
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..syukur dipanjatkan pada ilahi atas segala nikmat yang telah dikurniakan..sehingga dapat lagi mengecapi nikmat untuk masih berada di dalam bulan Ramadhan...sedar atau pun tidak..kita telah pun berada di pertengahan bulan ramadhan..masa begitu pantas berlalu..jangan biarkan ia terus berlalu sedangkan inilah peluang yang Allah berikan pada kita..janganlah sampai ramadhan berlalu tanpa pengampunan..

ukhwah yang terbina

Di dalam kehidupan..setiap urusan yang kita lakukan mesti kita inginkan kejayaan, kekayaan dan bukanlah sebaliknya..bila kita perhatikan..kebanyakan orang menilai kekayaan, kejayaan adalah kebahagian yang dicari akan tetapi apalah ertinya bahagia dengan kejayaan dan kekayaan akan tetapi hati tidak tenang dan tenteram..kita perhatikan urusan orang mu'min itu adalah mereka sentiasa tenang dan tenteram..apabila mereka diberi kejayaan mereka bersyukur dengan memuji nama Allah  dan apabila di timpa kesusahan mereka sabar dengan memuji nama Allah..yang pentingnya disini adalah,  kejayaan yang kita peroleh itu bukanlah kebahagian yang sebenar..akan tetapi kebahagiaan itu bagaimana kita mampu bersyukur tanpa melupakan Allah setelah mendapat kejayaan dan tabah apabila ditimpa kegagalan..


Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan apabila hati itu mengingati tuhan dalam setiap perkara...

************** ************ ***************

Alhamdulillah saya panjatkan pada ilahi kerana memberikan saya peluang untuk melangkah ke tahun 2 di Universiti Al-Azhar..walaupun pencapaian tidaklah membanggakan, markah sekadar cukup-cukup makan..insyaallah saya akan mengunakan peluang ini untuk terus bersemangat menuntut ilmu..semoga Allah permudahkan urusan saya  dan sahabat2 seperjuangan saya dalam menuntut ilmu di sini...


Seterusnya...

RUGINYA RAMADHAN BERLALU TANPA PENGAMPUNAN



Setiap kita mempunyai dosa samada dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.  Apatah lagi kita yang hidup pada zaman mutakhir ini, kita sering kalah dengan godaan luaran dan pujukan nafsu dalam diri kita sendiri.  Kita sepatutnya berasa malu dengan ALLAH Subhanahu wa Ta’ala disebabkan oleh kelemahan ini.

Walaupun begitu, ALLAH Subhanahu wa Ta’ala sentiasa tahu kelemahan kita.  DIA tahu kita selalu lupa.  DIA tahu kita sering gagal menghindari dosa.  Dan DIA tahu fitrah manusia yang mahu kembali kepadaNYA.  Betapa baiknya DIA, betapa lembutnya DIA dengan kita.  Kita seharusnya berterima kasih dengan sungguh-sungguh kerana DIA sentiasa bersedia memberi keampunan kepada hamba-hambaNYA yang ingin bertaubat.

Firman ALLAH Subhanahu wa Ta’ala yang lebih kurang maksudnya:

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”  (Surah az-Zumar 39:53)

Malah, ALLAH ‘Azza wa Jalla sangat gembira dengan sikap hamba-hambaNYA yang mahu bertaubat dan kembali kepadaNYA.  Dalam sebuah hadith, ada Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda yang lebih kurang maksudnya:

“Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menemukan kembali untanya yang telah hilang di tengah-tengah padang gurun.”  (HR Bukhari & Muslim)

Nah, lihatlah betapa gembiranya ALLAH Subhanahu wa Ta’ala menerima taubat orang yang bertaubat.  Justeru, jangan putus asa dan kecewa.  Walau banyak mana pun dosa kita, insyaALLAH DIA akan terima taubat kita.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

“Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-KU dan berharap kepada-KU, akan AKU ampuni apa yang telah kamu lakukan.  Aku tidak peduli.  Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-KU akan AKU ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-KU tanpa menyekutukan AKU dengan sesuatu apapun, pasti AKU akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (HR. Tirmidzi, ia berkata, ”hadits ini hasan shahih.)

SubhanALLAH, menitis air mata kita tatkala mengenangkan betapa Pemurahnya DIA, betapa Pengampunnya DIA, betapa tak kisahnya DIA akan dosa kita yang menggunung, DIA tetap akan terima kita jika kita mahu kembali kepadaNYA, betapa lembutnya DIA terhadap kita, betapa Penyayangnya DIA.  ALLAH…ALLAH…ALLAH…

Peluang Besar-Besaran Untuk Pengampunan Dosa

Bagi yang berkesempatan untuk berada di dalam bulan Ramadan, kita disarankan untuk beribadah dengan penuh keimanan dan sunguh-sungguh dalam mengharapkan pahala dari ALLAH Subhanahu wa Ta’ala.  Ganjaran besar berupa pengampunan dosa yang telah lalu menanti bagi mereka yang beribadah sungguh-sungguh di dalam bulan yang mulia ini.

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”  (HR Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.”  (HR Bukhari & Muslim)

Perbanyakkanlah amalan-amalan sunnat dan mohonlah keampunan kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala di dalam bulan yang penuh barakah ini.

Rugi Besar Jika Tidak Diampuni ALLAH Pada Bulan Ramadan 

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Ahmad, ada diceritakan tentang perbuatan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang sedang menaiki mimbar, lalu Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam menyebut “amin” sebanyak 3 kali.  Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa tadi disebut “amin” sebanyak 3 kali?  Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab bahawa Jibril datang ketika itu dan berdo’a bahawa sangat kecewa dan rugilah bagi  :
   (1) orang yang apabila disebut nama Muhammmad, tidak dibaca solata ke atas Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, 
  (2) orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga 
  (3)orang yang sempat hidup di dalam bulan Ramadan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya.  

Sebab itulah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sebut, amin…amin…amin.
  
Doa Yang Patut Dibaca Selalu, Khususnya Pada 10 Akhir 

Ramadan dan pengampunan dosa tidak dapat dipisahkan.  Malah, apabila ditanya oleh Aishah radhiAllahu ‘anha tentang apakah yang harus dibaca olehnya sekiranya bertemu dengan Lailatul-Qadr, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam mengajarkan doa khusus berikut untuk memohon keampunan, iaitu:

اللهمّ, انّك عفوّ, تحبّ العفو, فعف عنّي
   
Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu ‘anni
Ertinya:  “Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunkanlah aku…”

Lihatlah muslimin muslimat sekalian, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menganjurkan kita agar membaca doa di atas supaya diampuni dosa-dosa kita yang telah lalu.  Betapa besar nilai dan makna doa ini sehingga Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menyarankannya.

Ini bermakna, ibadah memohon keampunan dengan tujuan untuk mendapat keampunan dari ALLAH mempunyai nilai yang sangat tinggi sehinggakan pada malam al-Qadr yang istimewa itu pun diajar tentang doa khusus untuk mendapat keampunan ALLAH.  Justeru, janganlah ditinggalkan memohon ampun kepada ALLAH banyak-banyak disamping lain-lain ibadah sunnat dan hajat yang ingin dipohon. 

Perbanyakkanlah memohon ampun di dalam bulan Ramadan ini…


Seterusnya...

SELAMAT DATANG KE MADRASAH RAMADHAN


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah..Tahniah kepada sahabat-sahabat sekelian kerana kita semua telah dipilih untuk bertemu lagi dengan Ramadhan..Selamat Datang saya ucapkan kepada semua sahabat-sahabat ke Madrasah Ramadhan bagi tahun ini..

Madrasah Ramadhan adalah satu peluang yang diberikan kepada kita oleh Mudirnya Allah s.w.t yang menyebabkan banyak perkara yang kebiasaan kita lakukan di luar Madrasah ini tidak boleh kita lakukan didalamnya..ketika di madrasah ini..kita dilarang untuk makan pada siang hari bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari..kita juga dituntut untuk menjauhi perkara-perkara yang dilarang dan melalaikan..kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan-amalan di samping ganjaran yang akan diberikan oleh Mudirnya yang tidak dapat kita bayangkan betapa besarnya....

Madrasah Ramadhan adalah madrasah mengubah diri dari kebiasaan kita sebelum ini yang tidak berapa elok.. tempoh 30 hari yang diberikan oleh Mudir sudah cukup untuk menjadikan pengubahan pada diri seseorang jika dia mengikut syarat yang ditetapkan di madrasah ini..Ianya umpama "in-bulit alarm sistem"..naluri akan berbunyi sendiri "eh..aku puasala"..maka bertemunya pertembungan dari kebiasaan dan peraturan madrasah ramadhan yang ketat..yang tidak peduli dengan alarm ini akan hanyut dan mereka akan gagal di madrasah ini...

Madrasah ramadhan adalah madrasah untuk roh dan bukanlah jasad semata-semata..madrasah untuk memulihkan roh dan menumpaskan nafsu..sekelian lama roh itu gersang..sekian lama roh itu lapar dan dan dahaga..setelah sekian lama roh itu di pinggirkan oleh kita yang begitu seronok melayan nafsu..nafsu yang seronok melihat perkara-perkara yang haram..nafsu yang suka mendengar aib sahabat sendiri..nafsu yang selalu membesarkan diri dihadapan kekuasaan Allah s.w.t..marilah kita sama-sama memulihkan kembali kekuatan rohani yang semakin lemah di kuasai nafsu..nafsu hanya ingin kepuasan jasad di dunia sedangkan di akhirat kelak roh lah yang akan ditanya..dan jasad akan hancur dimamah bumi...

Ayuhlah kita gunakan kesempatan berada di Madrasah Ramadhan kali ini untuk kita kembali ke fitrah insani yang telah menjauh dari kita..latihlah diri kita utuk mengikuti peraturan di Madrasah ini agar diluar kelak kita mampu untuk sentiasa berada di jalannya.."be yourself"...jadilah diri sendiri yang tidak dikuasai oleh nafsu yang meracuni yang hanya mementingkan kepentingan diri sendri..jadilah diri sendiri berlandaskan iman dan amal...semoga ramadhan kali ini amat bermakna bagi kita...

SELAMAT MENEMPUH RAMADHAN AL-MUBARAK
Seterusnya...

KESEMPATAN SEMPIT YANG DIPERSIAKAN

Seterusnya...

DARI SUJUD KE SUJUD

Seterusnya...

MUHASABAH RAMADHAN

“Segala pujian bagi Allah..Tuhan sekelian Alam”

Pejam celik, pejam celik, kita dah pun sampai pada hari-hari yang terakhir  bulan sya’ban untuk tahun ini, ini bermakna beberapa hari lagi kita akan melalui satu zon masa anugerah yang tidak ternilai dari Allah untuk hambanya iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Masa begitu pantas berlalu
Seterusnya...

BISIKAN MALAM

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu
Seterusnya...

AKHIRNYA......

Seterusnya...

SAHAM DARI FACEBOOK

Peringatan untuk semua terutamanya untuk diri ini dan golongan yang bernama muslimah..semoga rahmat dan hidayah Allah sentiasa bersama kita......

**********************************

Seterusnya...

HARAPAN IMTIHAN

Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh

16 Julai 2011   =  15 Sya’ban 1432 hijrah

Ape kaba semua sahabat2???..bertemu lagi kita kali ini..semoga anda sentiasa bersama rahmatnya…

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran diri ini panjatkan pada ilahi atas segala nikmat yang tidak terhingga, kesempatan masa dan peluang yang terus menerus diberikan sehingga hari ini sehingga masih lagi dapat menikmati dan merasai peluang untuk berada diantara bulan yang mulia…syukur hari ini telah menjelang 15 Sya’ban dan menjelang 15 hari lagi akan tibalah Ramadhan yang mulia..
Seterusnya...

ISTIKHARAH CINTA

Seterusnya...

OH WANITA SOLEHAH


Seterusnya...

INDAHNYA MALAM PERTAMA

Untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata.
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa.
Justeru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut.
Seterusnya...

FREEDOM


Seterusnya...

JUN OH JUN :-))


Seterusnya...

HATI

Seterusnya...

SUARA AZAN


Seterusnya...

KISAH CINTA SEJATI ALI R.A & FATIMAH AZ-ZAHRA

“Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita, Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui”

Seterusnya...

MALU YANG SEMAKIN TERHAKIS

Malu merupakan sifat yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya yang menjadikan kehidupan seseorang hamba itu lebih sempurna.Sifat malu merupakan sifat semulajadi insan atau selalu kita gelarkan sebagai fitrah manusia.Semua insan didunia ini  tidak boleh lari dari sifat malu, tidak kisahlah diri itu di manapun, dihujung pelusuk dunia sekali pun pasti tidak boleh lari dari sifat ini kerana ianya seperti yang dikatakan tadi merupakan fitrah, sifat semulajadi
Seterusnya...

PRAHARA DAN ASA


Seterusnya...

SABARLAH MENANTI, JANJI ALLAH ITU PASTI, KEKASIH KAN DATANG SESUAI DENGAN IMAN DIHATI...

Sama2lah ikuti kisah dibawah ini..kisah yang agak panjang akan tetapi banyak memberi hikmah dan pengajaran..harap sahabat2 sabar mengikuti kisah dibawah ini...

Seterusnya...

ADAKAH CINTA PERLU DILAFAZKAN SEBABNYA

Ikuti kisah dalam sebuah cerita...

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka;
Seterusnya...

KEMBALI KE BUMI ANBIYA'

Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh
Alhamdulillah, syukur yang teramat saya panjatkan kepada Allah, hari ini masih lagi diberikan kesempatan untuk terus hidup sebagai hamba allah dimuka bumi ini...masih juga diberi kesempatan untuk menulis di ruangan blog saya ini..sudah lama agaknya saya tidak mengisi sesuatu diruangan blog ini..jadi, bersempana hari yang mulia ini, hari jumaat  yang merupakan  saiyidul aiyam, saya terpanggil untul berkongsikan kisah hidup saya yang mungkin saya rasa boleh dikongsikan untuk tatapan para sahabat..disaat saya menulis kali ini..saya telah pun kembali ke bumi mesir setelah sebulan lebih berada ditanah air bersama keluarga yang tersayang..
Seterusnya...

~ADA APA DENGAN JANUARI 2011~

Bismillahirrahmanirrahim....

   Hari Jumaat, 8 Rabiul Awal 1432 hijrah...hari yang indah..hari  yang penuh barakah..hari yang mulia pada bulan yang mulia...selasai solat jumaat..ku pulang ke rumah dah terus merebahkan diri untuk menghilangkan  kelelahan..sedang enak di pembaringan..fikiran ku melayang teringat perkara yang kulalui sepanjang Januari n awal februari yang lalu..lantas ku bangun dari pembaringan membuka laptop untuk menulis tentangnya sebagai entri blogku yang terbaru..untuk dijadikan sebagai perkongsian bersama sahabat2..
Seterusnya...

PENGUNJUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...