IKRAMUL KAREEM - UNIC ft IM (Hasan, Hafiz, Jabbar, Naufal)



video

Rahman
Rahim
A'liyul A'zimul Karim

Ghaffar
Qahhar
Razzaqul Fattahul A'lim

Khabir
Shahid
Hamidr Raqibul Muqit

Ilahi lastulil firdausi ahla
Wa la aqwa 'ala naril jahimi
Fahabli taubatan waghfir dzunubi
Fainnaka ghafirul dzanbil adzhim

Rahman
Rahim
A'liyul A'zimul Karim

Ghaffar
Qahhar
Razzaqul Fattahul A'lim

Kau selalu ada di hatiku
Ku kan selalu menyebut namaMu Allah Allah

Allah, aku tak layak tuk ke syurgaMu
Namun tak upaya menghadapi nerakaMu
Terima taubatku ampunkan dosaku
Kerna sesungguhnya
Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa besar

Dan sujudku rebahkan untuk mengharapkan
Keampunan keredhaan kasih sayang dan rahmat
DariMu Ya Allah

Ilahi lastulil firdausi ahla
Wa la aqwa 'ala naril jahimi
Fahabli taubatan waghfir dzunubi
Fainnaka ghafirul zanbil adzhim

Allah, aku tak layak tuk ke syurgaMu
Namun tak upaya menghadapi nerakaMu
Terima taubatku ampunkan dosaku
Kerna sesungguhnya
Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa besar

Kau pengampun dosa-dosa besar
Seterusnya...

JATUH BANGUN - INTEAM



video

Duhai... Tuhanku
Jatuh bangun ku menghambaMu
Kadang cinta, kadang ku melupa...
Tega ku menyiksa hidup sendiri...

Duhai... Tuhanku
Untuk yang kesekian kali
Ku bersujud meminta kembali
Hati yang dipijar indah cinta Mu...
 
Tuhan...
Aku tanpa Mu, hidup ku menderita..
Sunyi hati, kelam jiwa bagai terpenjara

Tuhan...
Biar kan kini, aku dalam rahmatMu
Meski jatuh dan terbangun...
Ku tetap bertahan...
Seterusnya...

JANGAN BERPUTUS ASA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang tidak putus-putus yang kau berikan kepada hambamu yang sering leka dan lalai ini.Segala pujian hanya berhak untukmu Ya Allah..

Selawat dan salam keatas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan membawa cahaya dan rahmat kesekelian alam.

Alhamdulillah, nikmat masih berada didalam bulan yang cukup mulia dimuliakan atas kelahiran junjungan mulia Rasulullah S.A.W. Sejauh manakah kita merasakan kehadiran Rasulullah di dalam hati kita sedangkan kehadirannya tersangat cukup untuk kita dunia dan akhirat.

Terasa malunya diri ini dengan Rasulullah, ibadah yang entah belum sempurna, selawat yang jarang terlaksana, mengagungkan nafsu dengan rela...

Tersasa malunya diri ini dengan Habibullah, untuk bercakap tentanganya, apatah lagi menjadi ummatnya..

Tetapi Rasulullah tetap menyayangi ummatnya..

Janganlah berputusa asa untuk terus menjadi ummat yang terbaik kerana setiap detik menyaksikan diri kita berlawan dengan nafsu..
Seterusnya...

UBAT TENTERAM HATI YANG GELISAH


PADA satu hari, ada seorang lelaki menemui Ibnu Mas’ud, sahabat Rasulullah SAW untuk meminta nasihat. Katanya: “Wahai Ibnu Mas’ud! Berilah kepadaku nasihat yang dapat aku jadikan penawar jiwaku yang sedang resah gelisah ini. Dalam beberapa hari ini, aku tidak merasai ketenangan, jiwaku tidak tenteram dan fikiranku gundah gulana. Makanku pun tak lalu dan tidur pun tak lena.”
Lantas Ibnu Mas’ud pun menasihatinya: “Kalau itu penyakit yang sedang menimpamu, maka bawalah dirimu mengunjungi tiga tempat ini. 
PERTAMA :
Datanglah ke tempat orang yang sedang membaca al-Quran. Di sana kamu akan ikut sama membaca al-Quran atau cukuplah sekadar kamu mendengar bacaan al-Quran dengan khusyuk.
KEDUA : 
Pergilah kamu ke tempat majlis ilmu yang akan mengingatkan hatimu kepada Allah Yang Maha Agung. 
KETIGA : 
Carilah tempat yang sunyi di malam yang sepi. Di sana kamu hendaklah menyendiri bersama Allah SWT pada waktu malam yang gelap gelita untuk kamu mendirikan solat tahajud, lalu kamu mohonlah kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kesucian hati.”
Setelah orang itu kembali ke rumahnya, nasihat sahabat Rasulullah SAW itu terus diamalkannya. Dia mengambil wuduk dengan sempurna, lalu mengambil al-Quran. Dia terus membacanya dengan penuh tertib dan khusyuk.
Selesai membaca al-Quran, berubahlah jiwanya menjadi lebih tenang, fikirannya pun lebih tenteram dan kegelisahan jiwanya pun hilang berkat bacaan al-Quran. Begitulah al-Quran sebagai ubat penawar seperti firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dalam al-Quran ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua" (Surah al-Israk, ayat 82)
Demikianlah kedudukan dan kelebihan al-Quran di sisi Allah SWT yang padat dengan wahyu Ilahi seumpama sinaran cahaya menerangi kehidupan manusia sejagat ke arah kesejahteraan hidup dunia dan kebahagiaan akhirat. 
Sesiapa berpegang teguh dengan ajaran terkandung di dalamnya, maka dia akan berbahagia, sebaliknya sesiapa yang menolak atau meninggalkan ajaran al-Quran, dia termasuk dalam kalangan manusia tersesat.
Dalam hal ini,Ulama’ menegaskan sesiapa tidak membaca al-Quran bermakna dia meninggalkannya (menjauhkannya). Begitu juga sesiapa yang membaca al-Quran tetapi tidak pula memahami maknanya, dia juga meninggalkan al-Quran dan sesiapa yang membaca al-Quran dan memahami maknanya tetapi tidak mengamalkannya pula, dia tetap juga meninggalkan al-Quran.
Membicarakan kelebihan al-Quran, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: 
“Kepada kaum yang suka berjemaah di rumah ibadah, membaca al-Quran secara bergilir-gilir dan saling mengajarkan antara sesama mereka, akan turunlah kepada mereka ketenangan dan ketenteraman, dilimpahi juga kepada mereka rahmat Ilahi yang tidak terhitung, dipelihara oleh Malaikat dan Allah SWT akan sentiasa mengingati mereka.” (Hadis riwayat Muslim)
Justeru, Rasulullah SAW menganjurkan setiap penghuni rumah Muslim menghiasi rumah dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran. Rumah yang tidak dibaca di dalamnya ayat al-Quran, akan banyak berlaku keburukan perilaku, kegersangan jiwa dan juga kesempitan pandangan hidup.
Setiap Muslim dianjurkan sentiasa membaca al-Quran selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran (membaca dan memahami maknanya) dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari)
Kesimpulannya, setiap Muslim wajib bermuhasabah dan menilai diri apakah kita sudah benar-benar melaksanakan kewajipan kita terhadap al-Quran, iaitu bermula dengan keimanan yang tulus terhadap kebenaran al-Quran, kemudian membaca al-Quran dengan elok berserta adabnya, memahami dan menghayati isi kandungannya dengan kefahaman yang syumul dan seterusnya menterjemahkan isi kandungan al-Quran dalam ruang lingkup kehidupan yang serba mencabar.
Seterusnya...

MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH


Bagi kita selaku hamba ciptaan Tuhan, yang paling utama ialah menjaga hubungan dengan Tuhan. Allah swt tidak jadikan kita ini kecuali Allah mahu kita menyembah dan mengabdikan diri kepada Maha Pencipta. Banyak cara atau banyak jalan bagi setiap hambanya agar terus dapat menjaga hubungan dengan Allah SWT yang mana cara atau jalan itu semuanya di tunjuki oleh Allah sendiri.

Diantaranya:

1. Sentiasa bertaubat. Terdapat dua jenis taubat iaitu:
a. Taubat sebagai hamba
Taubat jenis ini dilakukan oleh para Nabi dan Rasul termasuk Rasulullah saw yang maksum. Taubat jenis ini ialah rintihan rasa berdosa, rasa bersalah, rasa lemah, rasa cacat cela, rasa dhaif, rasa kekurangan dalam bersyukur. Lantas hati merasa bimbang akan kedudukan diri disisi Tuhan.
b. Taubat orang yang berdosa
Taubat jenis ini memang satu perintah Allah swt. Lebih baik ditaubatkan setiap dosa yang dilakukan. Oleh itu setiap hamba hendaklah mengetahui apakah sudah terbuat dosa atau tidak samada dosa terhadap Allah atau dosa terhadap sesama manusia. Lebih sempurna sekiranya kita merasakan memang banyak terbuat dosa, lantas tidak membataskan taubat. Yakni sentiasa merintih kepada Allah, memohon ampun samada dosa kecil atau besar, samada dosa yang lepas atau yang akan datang, samada disedari atau tidak, samada disengajakan atau tidak.
Satu aspek yang sering dilupakan atau mungkin tidak diketahui kerana tidak di perkatakan iaitu mengenai kesempurnaan taubat. Setelah menepati syarat-syarat taubat kepada Allah swt dan kepada manusia, sempurnanya taubat itu hendaklah di iringi dengan berbagai bentuk tebusan. Menebus dosa yang sudah ditaubatkan itu ialah dengan membanyak dan mempelbagaikan kebaikan. Contohnya istiqamahkan bangun malam untuk beramal, banyakkan sedekah, berkhidmat kepada kedua ibu bapa, membuat khidmat masyarakat, membantu anak-anak yatim, meringankan beban golongan miskin, menziarahi orang sakit serta menghulurkan bantuan, menziarahi saudara mara dan kawan-kawan, memberi nasihat, berjuang dan berkorban untuk menegakkan Islam. Disini kita dapat lihat betapa indahnya ajaran Islam itu. Melalui para hambanya yang sering bertaubat, hasilnya meriah dan makmur kehidupan bermasyarakat.
2. Sentiasa bersyukur atas nikmat
Bersyukur ertinya rasa terhutang budi dan jasa terhadap Tuhan lantas rasa berterima kasih diatas anugerah, rezeki, pemberian serta kurniaan Tuhan. Kita kena faham dan insaf bahawa nikmat anugerah Allah keatas hambanya tidak pernah sedetik pun terhenti atau terputus. Sebab itu nikmat Tuhan tidak dapat dihitung. Dapatkah kita hitung nikmat yang ada pada diri kita seperti nikmat mata, hidung mulut, telinga, tangan, kaki, lidah, akal. Nikmat luar diri pula seperti makan minum, pakaian, harta benda, rumah, kenderaan, bumi tempat tinggal, udara, matahari, lautan, sungai, bulan, bintang dan sebagainya. Tiada suatu apa pun yang bukan anugerah Tuhan. Semuanya kita nikmati dengan bebas. Cuba kita renungkan, seluruh alam semesta ini Allah swt buat utk dimanfaatkan atau untuk dinikmati oleh seluruh makhluk. Maha Suci Tuhan, sedikit pun Tuhan tidak mengambil faedah dari barang ciptaanNya.
Oleh kerana nikmat Allah swt tidak pernah putus, maka rasa bersyukur atau berterima kasih kepada Tuhan juga sewajarnya tiada boleh ada batas atau had. Cara terbaik sebagai tanda syukur ialah mengembalikan semua nikmat Tuhan itu kepada Tuhan, kepada jalan Tuhan, kepada kebaikan dan kebajikan, gunakan seluruh nikmat Tuhan itu sebagai alat untuk mengabdikan diri atau untuk jalan taat kepada Tuhan. Ini termasuk untuk berbakti kepada sesama manusia, mendatangkan manfaat kepada manusia.
3. Bersabar
Bagi orang mukmin yang sabar, ganjarannya ialah Allah swt akan cepatkan mereka masuk ke syurga. Takrif sabar ialah tahan terhadap sesuatu untuk mendapat balasan Allah swt. Tahan yang dimaksudkan ialah tidak keluh kesah, tidak menderita, tidak putus asa atau kecewa, tenang, rela, senang hati dalam apa keadaan sekali pun. Sabar terbahagi kepada tiga peringkat iaitu,
a. Sabar dalam mentaati Allah. Mengamalkan segala perintah atau suruhan Allah swt dengan penuh kerelaan, senang hati, istiqamah, ikhlas hingga akhir hayat.
b. Sabar dalam meninggalkan maksiat. Dengan rela, senang hati, tidak rasa terpaksa, terasa indah, lazat dalam meninggalkan tegahan atau larangan Allah swt.
c. Sabar dalam menghadapi ujian Allah swt. Mengapa Tuhan suruh sabar? Kalau kita faham hakikat kehidupan sementara ini, sememangnya munasabah untuk bersabar diatas ujian yang Tuhan datangkan. Ini kerana sudah menjadi sunnatullah manusia tidak dapat lari dari ujian. Namun Tuhan datangkan ujian sekali sekala sahaja. Dan kadang-kadang sementara dan sekejap sahaja. Dalam ujian itu pula ada maksud baik dari Tuhan, ada hikmah, ada pengajaran, ada didikan dan ada iktibar, sekurangnya setiap ujian itu menjadi suis otamatik untuk manusia ingat dan kembali kepada Tuhan. Atau juga sekurang-kurangnya sebagai penghapusan dosa atau Tuhan mahu tingkatkan darjat.
4. Redha
Redha terhadap musibah atau bencana. Redha bermaksud hati menerima dengan rela, senang hati, berlapang dada kerana hati benar-benar merasai kehambaan dan merasa bertuhan. Hamba serba lemah dan tiada apa-apa. Manakala Tuhan adalah segala-galanya, semuanya miilik Allah swt. Apabila Allah minta Nabi Ibrahim sembelih anak kesayangannya Nabi Ismail, maka Nabi Ibrahim berbuat dengan patuh dan redha kerana Nabi Ismail serta nyawa Nabi Ismail adalah milik Allah. Nabi Ismail juga dengan senang hati menyerahkan diri dan lehernya kerana Nabi Ismail merasakan dirinya adalah milik Allah. Cuba kita renungkan adakah apa-apa yang bukan milik Allah swt. Kita buat rumah daripada bahan-bahan milik Allah. Diatas bukit yang juga milik Allah, cuaca dan hujan ribut kilat petir juga milik Allah. Kalau Tuhan turunkan hujan lebat, runtuhkan bukit dan kambuskan banglo apa yang kita boleh buat? Semuanya Allah punya dan Allah ambil semula milikNya. Kita dituntut supaya redha, dan kita juga perlu faham hakikat bahawa musibah atau bencana bukan selalu berlaku dalam hidup ini. Itu pun ianya berlaku kerana kesalahan manusia atas sebab lahiriahnya adalah rakus. Atas sebab maknawiyahnya adalah dosa. Redhalah apa saja ketentuan Tuhan dan baikilah diri dengan mendekatkan hati kepada Allah swt yang maha bijaksana
Seterusnya...

4 PUNCA HIDUP TIDAK TENANG


Ada empat perkara membuat hidup menjadi sukar dan tertekan. Empat perkara itu adalah:

Pertama: Bersungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah.

Amalkan membaca doa seperti diajar Rasulullah SAW iaitu: “Bismillahi ‘ala nafsi wamali wadini. Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba ta’jila ma akkharta wala takkhira ma ‘ajjalta (Maksudnya: Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku ini rela dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan).


Kedua: Berbuat dosa dan tidak disertai dengan taubat.


Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud: “Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”


Ketiga: Iri hati sesama manusia. 


Muncul perasaan senang untuk membalas dendam kepada mereka, dan dengki atas anugerah yang Allah berikan kepada mereka. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 54 yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang sudah Allah berikan kepadanya.” Dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api.”


Keempat: Berpaling daripada mengingati Allah.


Allah SWT berfirman dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.


SUMBER
Seterusnya...

KEISTIMEWAAN RAMADHAN


1. Ramadhan jalan menuju ketaqwaan

Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. (Al Baqarah: 183).

Ayat di atas menerangkan bahawa puasa adalah sebab yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketaqwaan, kerana puasa mampu meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan Imam Al Qurthubi, yang berpadukan kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.

2. Ramadhan bulan mujahadah

Para ulama’ salaf adalah suri tauladan bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan Ramadhan amat perlu dicontoh. Seperti Imam Asyafi’i, dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran dua kali dalam semalam, dan iti dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu Hanifah juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan.

3. Puasa Ramadhan menumbuhkan sifat amanah

Wahbah Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al Islami berpendapat bahawa puasa mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di hadapan Allah Ta’ala, baik dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi. Maka tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal yang dilarang dalam berpuasa kecuali Allah Ta’ala

4. Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin

Puasa juga melatih diri berdisiplin , Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan minum dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka puasa pun harus disegerakan.

5. Puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidaritas sesama muslim

Wahbah Zuhali juga menjelaskan bahawa puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidariti di antara sesama muslim. Pada bulan ini semua umat Islam, dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan puasa. Mereka berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, kerana mereka memiliki tuhan yang satu.

Seorang yang merasa lapar dan dahaga akhirnya juga boleh turut merasakan kesengsaraan saudara-saudaranya yang kekurangan atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh perasaan kasih sayang terhadap umat Islam yang lain.

6. Puasa Ramadhan melatih kesabaran

Bulan Ramadhan adalah bulan puasa di mana pada siang hari kita diperintahkan meninggalkan makanan yang asalnya halal, terlebih lagi yang haram. Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu kita. Rasulullah Saw. bersabda: “Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata 'Sesungguhnya aku sedang puasa." (HR. Bukhari)

7. Puasa Ramadhan menyihatkan

Rasulullah bersabda: ”Berpuasalah, maka kamu akan sihat” (HR. Ibnu Sunni), ada yang menyatakan bahawa hadits ini dhoif, akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai dengan tingkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).

Tapi makna hadist masih boleh diterima, kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin Kaldah, tabib Arab yang pernah mengabdi kepada Rasulullah Saw. juga pernah menyatakan:”Perut adalah tempat tinggal penyakit dan sedikit makanan adalah ubatnya”.

8. Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat ini

Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah mengatakan: “Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada Rasulullah Saw., atau apa yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.” (HR. Malik).

9. Ramadhan bulan ampunan

Bulan Ramadhan adalah bulan ampunan, Rasulullah Saw. bersabda: “Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan dasar keimanan dan pengharapan redha Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.”(HR. Bukhari)

10. Siapa yang dilihat Allah, maka ia terbebas dari azab-Nya

Dari Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah Saw. bersabda: ”Pada bulan Ramadhan umatku dianugerahi lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika Allah melihat mereka di awal malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah dilihat Allah maka Ia tidak akan mengazabnya selamanya…” (HR. Baihaqi)

11. Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari kasturi di hadapan Allah

Rasulullah Saw. bersabda:”…Yang kedua, sesungguhnya bau mulut mereka ketika siang hari lebih harum di hadapan Allah daripada bau kasturi…” (HR. Baihaqi).

12. Di Bulan Ramadhan para malaikat meminta ampunan untuk umat ini

Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta ampunan untuk mereka siang dan malam…” (HR. Baihaqi).

13. Di bulan Ramadhan syurga berbenah diri

Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” (HR. Baihaqi).

14. Di malam akhir Ramadhan Allah mengampuni umat ini

Rasulullah Saw. bersabda: ”…Adapun yang kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir Ramadhan Allah memberi ampun kepada mereka semua. Lalu bertanyalah seorang lelaki dari sebuah kaum: ”Apakah itu lailatul qadar? Ia bersabda:” Bukan, apakah kau tidak mengetahui perihal orang-orang yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka ganjarannya akan dipenuhi. (HR. Baihaqi)

15. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu

Rasulullah Saw. Bersabda: “Jika Ramadhan tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR. Bukhari).

Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh bermakna haqiqi, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu secara haqiqi, sebagai tanda datangnya Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.

16. Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajiban dan menghidupkan Ramadhan

Datanglah seorang lelaki kepada Nabi Saw. Dan mengatakan: ”Wahai Rasulullah, tahukah anda jika saya telah bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan sesungguhnya anda adalah utusan Allah, aku juga telah melakukan solat lima waktu, juga telah menunaikan zakat, serta aku telah berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya, maka termasuk golongan siapakah saya? Rasulullah Saw. Bersabda: “Termasuk dari orang-orang yang sidiq dan syuhada’”. (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

17. Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda

Dari Salman ra., bahawasannya Rasulullah Saw. berkhutbah di hari terakhir bulan Sya’ban: ”Wahai manusia, telah datang kepada kamu bulan agung yang penuh berkat. Bulan yang terdapat di dalamnya sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah jadikan puasa di dalamnya sebagai kewajiban, dan qiamul lail sebagai perkara yang disunnahkan, barang siapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat kebajikan, maka ia seperti mengerjakan kewajiban selainnya, dan barang siapa mengerjakan kewajiban di dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh puluh kewajiban selainnya…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

18. Setiap hari dalam Ramadhan memiliki keutamaan

Rasulullah Saw. bersabda: “…Dia adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, serta paripurnanya adalah pembebasan dari neraka…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

19. Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa

Allah akan memberi minum kelak di akhirat Rasulullah Saw. bersabda: “Dan barang siapa memberi minuman orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke dalam syurga”. (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya).

20. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan


Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik sedekah aitu sedekah di bulan Ramadhan.” (HR.Tirmidzi) 

Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.

21. Doa mustajab di bulan Ramadhan

Diriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa Rasulullah Saw. bersabda:”...Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).

Rasulullah juga bersabda:”Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa orang yang dizalimi”. (HR. Tirmidzi)

22. Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji

Rasulullah Saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar:”Jika datang Ramadhan maka lakukanlah umrah, kerana susungguhnya umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji.” (HR. An Nasa’i).

23. Pahala i’tikaf di bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji dan umrah

Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Husain Ra. menyatakan, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:”Barang siapa menjalankan i’tikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadhan maka amalan itu seperti dua haji dan umrah (HR. Baihaqi)

24. Dalam Ramadhan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar)

Allah berfirman:”Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”. (Al Qadr: 3).

Tentang ayat ini, Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa menghidupkan Ramadhan dan melakukan amalan di dalamnya lebih baik daripada menjalankan amalan dalam seribu bulan tanpa Ramadhan.

25. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan

Allah Ta’ala berfirman: “Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (Al Baqarah: 185)

Ibnu Katsir mengatakan bahawa Allah Ta’ala menyanjung bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilihnya sebagai bulan dimana Al-Quran diturunkan di dalamnya.

26. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan

Rasulullah Saw. bersabda:”Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari ke enam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadhan…” (HR. Ahmad).

27. Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan

Ketika Rasululah Saw. mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah, yang berjarak dua mil dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al Alaq yang merupakan surat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah Saw.

28. Perang Badar terjadi pada bulan Ramadhan

Perang Badar adalah pemisah antara yang haq dan yang batil, dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan, meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekifiran dan kebodohan.

Peperangan terjadi pada hari Jum’at, 27 Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan benar-benar Allah telah menolong kamu di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur”. (Ali Imran: 123).

Ibnu Abbas mengatakan:”Saat itu hari Jum’at, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Fir’aun umat, Abu Jahal, musuh terbesar umat Islam.

29. Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan

Fathu Mekah adalah peristiwa besar, Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (Al Fath:1).

Sebagian mufasirin berpendapat bahawa yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathu Mekah, walau ada sebagian ulama’ yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiya dan penaklukan negeri Rum.

Peristiwa itu terjadi pada hari, tanggal 20 atau 21 Ramadhan, tahun ke lapan hijrah. Saat itulah semua berhala yang berada di sekitar Ka’bah dihancurkan.

30. Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan

Tahun ke sepuluh hijriyah pada bulan Ramadhan Rasulullah Saw. menunjuk Ali bin Abi Thalib guna menjadi pemimpin sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi ajakan untuk memeluk Islam
Seterusnya...

PENGUNJUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...